Tadika Generasiku (TG) menggunakan sistem Little Ones Eduworld Preschool yang diasaskan oleh Pn Wan Roslina (pakar Psikologi Perkembangan Kanak-kanak) dan suaminya En Fauzi Shafie.
Sistem LOEP ini menerapkan konsep explore, experience, explain, exemplify dan excellence yang menekankan pemahaman konsep dan bukannya latihan semata-mata. TG adalah sebuah tadika yang juga menerapkan nilai-nilai Islam dengan memberi ilmu tauhid dan akhlak melalui proses usrah kecil (pembentangan kelompok) yang diajarkan oleh guru.
TG juga menekan kan aspek pembelajaran hafazan dengan menghafaz juz ‘amma melalui praktikal solat yang dilakukan setiap hari bagi memantapkan cabang penting iaitu tiang agama. Di TG, bahasa Arab adalah bahasa kedua penting setelah bahasa Inggeris yang juga menjadi medium penghantar sekolah.
Guru-guru yang terlatih dan bertauliah menjadikan TG adalah pilihan utama ibu bapa di Bandar Baru Bangi yang sentiasa inginkan terbaik untuk anak-anak mereka. Jika anda berminat, sila hubungi teacher Fariha (Pengetua-603-89203023) segera! Semoga usaha kecil kami mendidik anak-anak generasi ini yang ketandusan ilmu dan akhlak mulia akan mendapat keredhaan Allah swt, Amin…